Awak Suka Saya Tak? (2011)
Awak Suka Saya Tak? (2011)
Author
Rating
4.43 of 5 Votes: 1
languge
English
publisher
Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Rate book
Assalamualaikum.Em saya tak tahu nak mulakan macam mana. Serious novel ni ada auranya tersensiri. Kak MJ, terima kasih sangat sangat. Saya tak pernah jumpa novel sehebat ini!!!! Saya taktahu nak describe novel ni macam mana, saya jadi tak terkata. Bila saya baca review orang orang lain di bawah, Ya Allah sedihnya saya sebab saya dapat ingat balik cerita Iris dan Firman. Saya sedih sangat sebab saya dah habis baca novel kak MJ, saya rasa macam "kenapa dah habis?" Nak lagi... Tiga tiga novel kak MJ, sungguh ...... Saya tak dapat describe dengan kata kata ya Allah. Kepada siapa yang belum baca lagi or tak pernah baca novel pun akan minat novel ni. Percayalah! Kadang kadang saya teringat balik kisah iris dan firman, saya rasa macam real sangat. Kalau lah saya boleh jumpa orang macam firman di atas muka bumi ni, ada ke tak ye? Kisah Iris dan Firman, walaupun saya dah baca lama masih boleh saya ingat. Bila ingat, airmata confirm mengalir. Ya Allah novel ni memang .......... Saya tak mapu nak describe! Betapa hebatnya :') Subhanallah. Kisah cinta yang sangat syahdu! Mohammad Hilman Yong (Damien Yong - persona sebelum jadi Muslim) telah jatuh cinta dengan Puteri Intan Zulaikha bila dia pertama kali ketemu 8 tahun yang lalu di satu retaurant segera. Dia berdoa dan berserah kepada Tuhan agar diketemukan dengan Intan lagi. Bila ketemu kembali di kedai Cherish kepunyaannya, dia hampir hampa kerana ingat Intan akan berkahwin dengan Nazim. Hilman membawa Intan ke sebuah resort di Bagan Lalang. Mereka melalui kenangan manis disitu bersama Star King dan pantai yang menenangkan. Di hari persandingan Nazim, Hilman bersemangat kembali bila mengetahui bahawa Intan bukan pengantinnya. Lalu, dia terus melamar Intan. Tetapi Intan tidak menerima kerana belum pasti. Bila akhirnya dia pasti, Hilman pula sedang dalam satu upacara akad nikah di Masjid Wilayah. Intan kecewa lalu jatuh sakit. Tiga tahun kemudian, Intan ditugaskan untuk mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Dia ketemu Hilman di padang kuda. Intan sedang cuba untuk mengatasi rasa takutnya pada kuda. Hilman banyak mengajar Intan tentang kasih-sayang. Mereka bertunang. Tetapi dua hari sebelum hari pernikahan, mereka bergaduh besar. Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Datin menghalang Intan dari ketemu anaknya. Tiba-tiba, Damien pula muncul. Dia tidak ingat akan ugama ya tetapi rasa cinta pada Intan amat kuat. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya. Intan reda jika dia harus melepaskan rasa cintanya hanya untuk Hilman kembali kepada Islam. Intan berserah sepenuhnya akan ketentuanNya. Akhirnya, Hilman kembali tapi ingatan pada Intan pula luput. Tapi Hilman cuba untuk mendekatkan dirinya pada Intan, perasaan cinta itu timbul kembali. Mereka akhirnya disatukan dalam satu majlis yang sungguh syahdu. Bila kita berserah kepada Tuhan, semuanya akan dipermudahkan. Kerana semua telah ditentukan.
Reviews
Alicia
x blh nk hadam sgt bla bc novel ni...trlalu tebal,..bkn jiwa sy
Cassie
cliche ending but worth reading i guess
D1N4
I Like It.
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)