Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu (2012)
Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu (2012)
Rating
4.51 of 5 Votes: 5
languge
English
genre
publisher
Galeri Ilmu Sdn Bhd
Rate book
Buku yang menarik berkisar tentang dakwah dan pengembaraan Uztaz Hasrizal di bumi Ireland.. bertemu dengan berbagai kisah hidup masyarakat Ireland dan keindahan bumi shamrock itu sendiri. Buku ini juga menceritakan tentang akhlak dan budaya penduduk Ireland yang tidak mengenali Islam, namum mempraktikan budaya hidup yang dituntut dalam Islam.. terutama dalam aspek kebersihan.. namun begitu, kerja dakwah masih diteruskan dan Uztaz Hasrizal pernah menjadi Imam Muda di negara Shamrock ini... Terima Kasih Uztaz Hasrizal di atas perkongsian ini.. Sukar untuk mengungkapkan perasaan saat membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal ini. Gembira, sedih, sebak, terharu, lucu; semuanya bersatu di dalam buku tarbiah rohani ini. Gaya penulisan Ustaz Hasrizal juga santai, mudah diterima dan penuh kejujuran. Setiap baris-baris ayat dalam buku ini terdapat sesuatu yang menarik untuk direnungkan.Buku ini berkisar tentang pengalaman Ustaz sepanjang menetap di bumi Eropah. Perkongsian yang saya rasakan cukup berharga. Sebagai seorang Muslim, buku ini memberi saya inspirasi, semangat, nasihat dan teguran kepada saya dalam mendepani ujian, berjihad dan perjuangan dalam hidup. Kisah Islam dan Muslim yang berlaku di bumi Eropah membuat saya rasa lebih dekat dengan pelbagai persoalan umat. Buku ini mesti dibaca oleh setiap pendakwah. Selain itu, Ustaz juga berkongsi pelbagai judul buku yang menarik. Setiap kali Ustaz sebut nama buku atau penulisnya, saya akan terus membuat carian di enjin carian untuk membaca preview yang berkaitan dengannya. Saya percaya, sesungguhnya buku ini adalah cetusan bernas yang perlu dibaca setiap Muslim. Kutiplah kalam mutiara yang ada di dalamnya, sambutlah bingkisan sentuhan iman yang terkandung di dalamnya. Saya pasti, setelah membaca buku ini, anda akan menyedari bahawa kita sebagai umat Islam, ada TERLALU BANYAK lagi perkara untuk dilakukan.
Reviews
katu
Good book with different perspective bout life!
hayleygibson
catatan hidup di sisi gelap ustaz hasrizal
Jakester
Tersangat best. MasyaAllah.
nyssa76
It's food for the soul
Tye
Love it :)
Review will shown on site after approval.
(Review will shown on site after approval)